Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, July 8, 2010

<<< Ustaz & Gadis >>>

I got this entry from one blog  http://layan4u.blogspot.com/ & it was such a good story to be read. The reality is hard to believe but that's the reality though. Realiti umat di akhir zaman...

Ini kisah benar...
Kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan agama...



The story begins...
 
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat...
Tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan...

Lazimnya, dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam...

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah sebuah lot premis perniagaan di sebuah pasaraya, telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka, dia pun dikenakan denda, setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT. Then, ustaz ni pun bagilah nasihat...

Bunyinya lebih kurang macam ni, "...lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia tak mahu kita campakkan diri sendiri ke dalam neraka...". Gadis tersebut yang dari awal tadi mendiamkan diri, tiba-tiba membentak: "kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?kenapa tak boleh sediakan syurga je?macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu, tambah lagi dengan hati yang panas kena denda sebab dia tak pakai tudung. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan, boleh rosak aqidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tauke judi, atau bapa ayam...hidup senang, lepas mati pun tak risau, sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga...kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga...maka, apa guna jadi orang baik?Jadi orang jahat lagi seronok. Manusia tak perlu diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga...perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga...lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak...takde siapa yang terima hukuman, sebab Tuhan itu "BAIK". Adakah Tuhan macam ini yang kita nak?Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat, takkan la terlepas macam tu je...", rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?". Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama Umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil...sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan..."

  


"Wanita...hiasan dunia....seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH..."

2 comments:

Hanun said...

cite ni...hanun penah baca dulu...best2...:-)

Izyan Farhana Zulkarnain said...

hehe...dh agak dh,msti rmi yg dh bca.tp xpela kn,sbg peringatan(n_n)

div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 2px;">